sebagaimana orang selalu provok dengan kata tak serupa bikin, tidak sedikit pun kesal dengan keputusan kumpulan yang tidak persependapat. perang idea, persilisihan tanggapan, anggapan, teori dan ramalan. semuanya berputar bagai satu iklim empat musim. bersilih ganti.
sepanjang penulisan begitulah yang terjadi. sebelum ada lelaki chubby yang betul2 tekan G-Spot aku nanti, baik aku perjelaskan semua;
sudah banyak kali kita diserang dengan pihak tertentu melalui media. penulisan kita disalah tafsir kod demi kod. sehinggakan perkataan 'berak' pun boleh menjadi isu dan diperdebat sehelai demi sehelai. belum lagi aku letak perkataan2 seperti 'mak aku keluar statement nak kawin lari dengan pemain bola sepak negara' atau 'aku rasa pendidikan seks itu wajar supaya tidak ada anak2 murid texty2 lucah pada guru tusyen yang sumpah comel gila'.
kadang-kala kita menjadi buntu bagaimana untuk menulis tentang apa dan untuk siapa. cuba untuk menulis dalam skop yang menyeluruh tetapi diterima perit oleh segelintir rakyat yang kurang senang dengannya. sebaik mungkin tidak mahu menjadi imejan buruk untuk semua; aku punya kehidupan luar blog yang lebih banyak persoalannya.
mereka yang kurang senang, mengandaikan pelbagai kesimpulan yang di luar jangkaan. boleh terkejut dan pffffttt depan lappy.
aku rasa aku bukan lelaki yang baik. sebab a good man always know his limitations. kadang-kala aku terlebih-lebih dalam buat sesuatu perkara. kadang-kala terlebih kurang juga. sebab selalunya walau payah macam mana pun kita cuba untuk perbetulkan keadaan, orang akan anggap macam2 juga. misalannya 9 tahun Joni Dib tak sentuh sejadah, bila suatu hari dia sembahyang maghrib, orang akan kata dia mainkan agama. itu sebenarnya agak funny tapi seriusli, never do that again fellas.
satu lagi, kata-kata pendapat dan nasihat kita dalam penulisan bukan mudah untuk kita laksanakan dalam kehidupan peribadi kita. sepertimana dua orang suri rumah baru berkahwin ingin memasak Asam Pedas Kepala Ikan Mak Yam Sibu dengan merujuk kepada buku resipi Mak Yam Sibu. boleh jamin 100% jika dibandingkan kedua-dua suri rumah itu, kedua-duanya punya rasa yang berbeza akhir masakannya.
kalau boleh kita dont just do something. we need to stand there. work on it. prove it sebelum orang kata kita kencang bercakap tapi sepoi bergiat. ya kita tanamkan motivasi yang kegagalan bukannya pengakhiran tapi orang peduli apa? kau sudah gagal kau sudah rugi macam-macam. orang tetap akan fikir macam-macam.
bukan semua akan faham.
jiwa juga suatu yang penting. kita cuba menjadi logikal, berfikiran di luar kubik dan seangkatan dengannya. sehinggakan dengan jiwa-jiwa kita sekali terbawa keluar dari landasan yang betul (walaupun bagi kamu sekarang ia bukan landasan betul tapi bagi kami yang masih percaya, ianya betul).
dan perkara perihal ketuhanan bukan kerja akal semata-mata. being a follower is not as same as believer.
ah, we boil at different degrees anyway. bukan semua akan setuju. aku tak jamin akan tulis lagi. di mana-mana saja kita boleh menulis.
aku super bahagia sekarang. good family and friends. and lovely miss asst. pharmasist too~ apa lagi yang boleh buat aku stop syukur pada Tuhan sekarang?
salam,
Penanya(?)


6 maki hamun:
no reason.fullstop.
aku damn suka post ni.
terus memperjuangkan yang betul
stop maenkan agama naza! seb baek aku johnny dib bukan joni dib
ok soalan,nak jd believer sejati,salah ke kalau kita question hal-hal pencipta?
edna sinn - u already believe. tak perlu question dah. itu believer sejati. kau percaya kat laki kau tak perlu dah kau tny mcm2; "u ada simpan perempuan lain ke? u main kayu tiga ke?u ni homoseksual ke?"... bagi aku laa... setuju? ke x betul?
Catat Ulasan