bukan produk gagal

14/06/10

pelacur kura-kura. sedar tak? sedar tak?!

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

hei mana ada kerongsang yang boleh tumbuh cantik dari tanah?
semua perempuan lelaki 2 perkara saja malas atau rajin.
jangan salahkan kertas dan calculator,
jangan salahkan hormon dan daya akal,
rejim malas buat kerja sedikit itulah rezeki bersih kau dapat.

masa dalam perjalanan ke Temerloh tempoh hari aku nampak dua perkara dalam satu serentak.
pertama, rezeki dan makan minum kita bukan bergantung pada politik sahaja.
kedua, bahagia boleh beli tetapi bukan mustahil untuk dicari oleh orang tak berharta.

kehidupan dalam mencari makan. ya lately banyak cerita pasal makan dan boleh bayang aku gemuk macam mana sekarang. bila keluar dengan love asyik kena makan. ha ah aku asyik kena makan dengan perempuan je sekarang. maklumlah dah makin chubby. tak boleh bayang bila dah start mengajar minggu depan. entah macam mana aku dikerjakan budak-budak sekolah nanti.

jangan ingat orang kampung takde banyak duit. kadang-kadang lagi banyak dari orang bandaraya ya ya. jadi maknanya di mana-mana sahaja ada orang senang ada orang susah.

jangan merungut over sangat bila sekarang sudah tak macam dulu sebab saham manusia kiri-kanan kita juga takkan sama macam mana yang semua nak. dulu sampai ikat perut nak makan takde duit, ataupun dapat ihsan kawan hari demi hari tetapi sekarang entah kenapa rezeki melimpah jangan lupa saat kita susah. jangan sekali-sekali terkeluar ludah megah.

lagipun manusia moden sekarang ni sudah banyak ego dengan Tuhan. sudah banyak juga tidak perlu Tuhan. sedar tak? sedar tak?!

semakin hari semakin senang atau dalam erti lainnya semakin hari semakin kaya, kita salah laburkan kekayaan itu yang pulangannya kita menangis terduduk di sudut bilik penyesalan. sedangkan banyak perkara perlu kita belanjakan. puncanya mudah. sebab kita tidak boleh melihat masa depan. sedar tak? sedar tak?!

semakin ramai manusia berjudi hidup sekarang. back to the age of mythology. di suatu puncak kepercayaan pada para dewa dewi, manusia semakin hilang percaya pada tuhan mereka. apabila semakin ramai juga berfikir sudah mampu berdiri dengan sendirinya. mencabar kuasa tertinggi dan sebagainya.

benda sama akan terjadi. tidak perlu nafikan. kita rasa suatu yang pelik bila lihat adik kita buat perkara sama dengan apa yang kita lakukan dahulu. bila baru kita sedar apa yang kita buat dulu salah atau betul.

perkara sama terjadi nanti bila semua bangkit dari kubur.



3 maki hamun:

PURPLE is LOVE berkata...

kdg2 manusia alpa dgn kesenangan yg dikurniakanNYA.

kdg2 manusia lupa bersyukur.

bila susah baru ingat Tuhan..

edayuhana berkata...

i suka yang part ending tu. *plap plap plap*

LeM berkata...

dunia akhir zaman....
manusia jd lebih truk dr masyarakat jahiliah dlu....