bukan produk gagal

27/07/10

don't just read but listen and consider

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

dalam hujan lebat pagi tadi, sehigga ke tulang-belulang terasa malas dan dungu. mata kuyu seperti lelaki di bawah pengaruh dadah. percaya atau tidak satu perkara yang buat kita tercelik dalam situasi begitu adalah kasih sayang seorang bergelar parent?

dalam kereta yang dimatikan penghawa dinginnya itu, keadaan tingkap kereta yang malap tidak sedikit pun buat mata aku tertutup dalam menyaksikan satu perkara yang nampak remeh tetapi cukup sudah buat hati aku berterima kasih kepada semua ibu bapa seluruh dunia tidak kira bapak kau jahat atau mak kau slut.

berhadapan dengan sebuah tadika untuk kanak-kanak sederhana, tetapi masih ada dua hingga tiga kereta mewah di situ, ada juga lori 3 tan dan taxi, aku menyaksikan satu naluri yang tersembunyi. dalam keadaan hujan yang lebat dan sedikit guruh, satu demi satu kereta berhenti di situ. dan apa yang aku perhatikan setiap kereta yang terhenti itu keluarnya lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat usia dan pakaian. dan rata-ratanya berbaju untuk bekerja lah.

dan mereka buka pintu kereta, keluar kereta, buka pintu belakang, ambil payung dan memimpin anak mereka lalu masuk ke dalam tadika warna-warni. tidak ada satu pun yang buka pintu depan, keluarkan payung, buka pintu belakang dan memimpin anak masing2 lalu masuk ke tadika. masing-masing tidak kira yang berpakaian segak atau uniform kakitangan kerajaan semuanya membasahkan diri sebelum mengambil payung.

aku toleh ke kiri melihat adakah Encik Suhaimi juga menjadi dungu disebabkan dingin hujan. dan ya. dengan dungunya dia berlari masuk ke tadika dahulu, pinjam payung, berlari lagi kereta, buka pintu belakang, tetapi berkunci. anaknya buka, pimpin anak bongsunya itu, masuk ke tadika warna-warni. berlari menuju ke kereta di seberang jalan, buka pintu kereta, pulangkan payung pada tuannya, dan berlari lagi ke arah keretanya sendiri, dan gagal membuka pintu lagi kerana aku kunci dari dalam untuk keselamatan diri sendiri. dan setelah aku buka dengan cermat, Encik Suhaimi masuk dan memandang tepat ke arah aku dengan mata yang merah padam;

"tau tadi tak payah mandi pagi kan?"

kami gelak kecil dan sambung perjalanan ke tempat kerja masing-masing.

bukanlah untuk ditekan di sini ibu bapa sekarang terlalu lembab untuk memikirkan itu semua. mungkin jiwa aku kini terlalu sentimental atau horny di waktu dingin sebegitu, aku berasa sebak lantas mencapai telefon untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa aku atas segala panas hujan yang mereka lalui untuk aku. tidak kira apa orang kata tentang ibu bapa aku tetapi ya. ya aku sangat berterima kasih.

sayangnya barulah aku sedar dalam kabut hujan aku tertinggal telefon di rumah. alasan2 biasa kita sebagai anak-anak akan beri kan?

4 maki hamun:

nabil berkata...

itu baru satu. sangguh berbasah masa antar anak pergi sekolah. yang lain lain lagi, macam sanggup pergi berhutang sebab anak nak sambung belaja (ni moral dari drama)

ok, ibu ayah, saya sayang kalian. *malu nak cakap depan2*

edayuhana berkata...

jadi bagaimana? sudah sedia menjadi parent yang sanggup korban apa2 en. naza?

iYda Juhar berkata...

salam ramadhan. selamat berpuasa.
jangan lupe sahur !!!

:)

SyAhiRah LaLAla berkata...

haha. apakah. cemana fon blh tertinggal encik penanya? hahaha.