
comel seperti sedia kala
Untuk kata aku bahagia buat masa ini,
sederhana saja buat masa ini,
berubah untuk masa depan semua,
berusaha keras untuk kebahagiaan semua,
memberi kasih sayang yang secukupnya,
bertaubat untuk segala yang terlanjur laku dan kata.
untuk apa sahaja aku temui,
untuk apa sahaja yang aku lalui,
untuk semua yang memahami,
untuk semua yang terasa hati.
Sebagaimana bisik hati itu sejauh terbitnya fajar,
bukan bermakna tamatnya malam mulanya siang.
Putaran dan kitaran hidup bukan sekadar dilihat sebagai roda,
bukan bermakna liku hidup itu senantiasa sukar dan berulang-ulang.
Jikalau rendaman kasih kering dek mentari,
doalah rahmat dihujani kasih.
Jikalau sulaman rindu putus dek mati,
doalah berkat usah bersedih.
terima kasih untuk semua,
untuk apa sahaja aku temui,
untuk apa sahaja yang aku lalui,
untuk semua yang memahami,
untuk semua yang terasa hati.
penanya(?)

3 maki hamun:
hngeeeeeeee~~~ weeeeeeee~~~~
(*,*)
eh?
huyoo, ko da ade gf skunk? btw, kate nk yg pakai spec? hehe
Catat Ulasan