bukan produk gagal

7/02/11

2 Bulan yang Drastik

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

terdapat dua perkara yang sudah 2 bulan berturut berulangan dari mula aku bukakan mata sehinggakan aku pejamkan mata berharian. yang pertama, tentang kata-kata janji aku yang lalu dan yang kedua adalah kata-janji mereka yang lalu.

dan dalam tempoh 2 bulan ini hidup aku berubah dengan drastik. seperti biasa, melalui fasa yang baru. bertukar kerja dan bidang yang aku baru ceburi sangat2 menerujakan.

bila aku bingkas kembali sejarah manusia, adalah tidak adil sekiranya kita katakan manusia di zaman lalu adalah kolot dan dungu pemikirannya. cuma kerana bala-bala yang datang menimpa kaum-kaum sebelumnya- kaum kita yang kemudian menjadi saksi akan kuasa yang Maha Besar- adalah tidak adil untuk kita menilai sesuatu dengan mudah hanya berdasarkan penyelidikan dan pembacaan semata-mata. dari situlah aku ingin pertekankan tentang -kepercayaan.

jika suatu masa dulu kita dipersoalkan tentang banyak perkara perihal kepercayaan, dan kini kita tidak punya masa untuk dipersoalkan bahkan perlu lebih banyak bersedia dengan jawapan2 bagi setiap kepercayaan yang kita pegang dalam hidup tidak kira di dunia mahupun akhirat.

bagi yang pertama, aku mempunyai banyak fasa dalam hidup. berubah-ubah sehingga mampu menjengkelkan segenap manusia yang pernah dekat dengan aku.

kadang-kala sesuatu fasa itu hanya bertahan dalam seminggu. atau dua hingga tiga hari. boleh bertahan juga bertahun-tahun lamanya. jikalau diselidik semula penulisan aku sebelum ini, jelas nyata lelaki sial ini bukan sembarangan. termaktub sudah berapa tahun kata-kata yang telah aku guriskan di blogspot ini yang juga telah mengguriskan ratusan hati pembaca. tidak terkecuali yang jatuh cinta.

cuba tanya kembali kepada diri kita, pernahkan kita katakan sesuatu ketika dahulu tetapi sekarang perkara itu seakan-akan tidak lansung berlalu di fikiran kita? dan untuk keduanya, kemudian tanya kembali berapa ramai yang kita kenali, sudah berkata bermacam-macam terhadap kita tetapi sekarang seakan-akan tidak wujud sama-sekali.

seorang sahabat pernah berkata,

"sekiranya kau kuanggap sebagai sahabat sehidup-semati, tidak kira walau kau jauh mahupun dekat, setiap hutang tetap akan kukira hutang. cumanya tidak aku catat akan bila masa akan kau langsaikan. kerana engkau sahabat, maka aku fahamkan dahulu corak hidupmu, menilai kemampuanmu, dan yakin akan masa depanmu."

jikalau kita sudah berkata janji pada sesuatu, adalah wajib untuk ditunaikan. kata-kata adalah bisa. kadang-kala ia datang dengan bantuan syaitan - untuk memecah-belah manusia. tidak mustahil juga janji yang terlafaz melalui mulut atau SMS yang panjang lebar boleh menjadi hasil karya bersama syaitan-syaitan.

seakan seekor kucing yang menangkap tikus, tetapi dikejar anjing. di suatu sudut, untuk mengalah kepada anjing, perlu atau tidak harus membuka bahamnya cuma untuk berkata "sorry dog". tikus pun terlepas~ :'(

kata seorang Doktor,

"kamu menghidap penyakit yang tidak berapa kronik. tetapi suatu masa nanti jika terus begini, ianya boleh menjadi sgt serius. errr atau boleh saya kata kronik"

berjudi dalam kehidupan sudah perkara biasa dalam alam dewasa. jika semasa kanak-kanak kita boleh pertimbangkan perkara2 remeh. kita takut2. paling dahsyat pun kita hanya menerima satu bulan perintah berkurung atau 9 sebatan atau kedua-duanya sekali.

tetapi kini (untuk mereka yang rasa sudah dewasa), kata-kata "suatu masa nanti jika terus begini" seakan-akan membayar bil Astro. boleh ditunda, atau bayar separuh, atau kedua-duanya sekali.

puncanya mudah. semakin kita dewasa, semakin kita tahu bahagian mana yang penting dan kurang penting atau memang tidak penting lansung. akan mulalah memori2 silam yang buat kita rasa meluat dengan diri sendiri. misalnya memakai seluar fesyen londeh dan membela misai. biarpun sesetengah berpendapat ianya cool atau comel. tapi diri sendiri mengenang rasa sangat meluat. meluat gila.

aku menulis rawak, mengikut apa yang aku fikirkan sepanjang aku sibuk dengan diri dan mengikut gerak hati. bayangkan, Einstein yang sedang dalam pengaruh dadah. so, bila diteliti semula mungkin akan ada ramai yang sentap. tetapi percayalah. bukan kamu sahaja yang laluinya. kita semua sedang go thru together. jadi tak perlulah make a scene.

1 maki hamun:

Mohd Effendi berkata...

kita semua sama. apa yang ada hanyalah kehidupan.:)