bukan produk gagal

4/04/11

menjawab persoalan seorang homoseksual

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

baiklah baru sebentar tadi aku berbual dengan pembaca melalui YM dia seorang homoseksual dan tertarik dengan aku. ok mungkin sudah sedia maklum aku memang menjadi tarikan dari segi seksual untuk apa jua jantina dan keinginan tetapi kali ini bukan ya. kali ini beliau memaksudkan tertarik dengan pedekatan aku dalam penulisan perihal homoseksual yang lepas (aku sendiri tidak ingat tahun bila punya) yang baginya tidak terus menghukum golongannya dan bersifat liberal. ok

ini bukan yang pertama tetapi sudah berulang-kali lelaki lembut dan gay memuji dan menggoda aku. sebelum lebih ramai yang mendatang dan berakhir di kamar tidur lebih baik aku perjelaskan dengan lebih lanjut dan teliti.

menjawab kepada persoalan jejaka homoseksual tadi, beliau meluahkan golongannya sering didiskriminasi, ditindas dalam masyarakat dan diasingkan. sehinggakan menjadi sukar baginya untuk berjalan di atas muka bumi ini.

baiklah. ini menyentuh kepada soal kepercayaan dan keagamaan pertamanya. dan kepercayaan serta keagamaan itu wujud dalam masyarakat. maka pertamanya harus kita terima dalam keadaan masyarakat kita sedang berada ini ada atau tidak golongan seperti kita? jikalau manusia menolak akan sejarah maka mereka akan lupa bahawasnya sudah berapa ramai manusia sendiri terkorban serta musnah hanya disebabkan perbezaan kepercayaan dan agama.

dalam sesuatu masyarakat terdapat majoriti dan minoriti. sudut majoriti dan minoriti bukan sahaja boleh dipandang dari segi jumlah. bukan bermakna di dalam satu kelas berkapasiti 20 orang, 15 darinya perempuan dan selebihnya lelaki, yang perempuan boleh menindas lelaki. tidak semestinya. boleh jadi dalam kawanan gajah itu andai terdapat seekor tikus boleh menimbulkan bencana kepada gajah-gajah tersebut.

jadi kamu (homoseksual) tidak boleh menolak penentangan yang sudah sedia ada. andai dalam satu masyarakat itu meletakkan dan menghukum golongan seperti kamu tidak layak berpijak di muka bumi ini, maka itu adalah realitinya walau apa jua kamu perjuangkan walau sudah berapa banyak dana dan pertubuhan diwujudkan bagi melindungi kamu. ianya tetap wujud. dan masyarakat juga tidak mampu berbuat apa-apa untuk melupuskan kamu disebabkan kamu juga adalah suatu penentangan yang sedia ada dalam masyarakat kita.

itu yang pertama. keduanya kamu mempersoalkan ianya (nafsu dan sifat yang bertentangan itu) wujud tanpa keinginan kamu. kamu tidak mampu berbuat apa-apa. itu kata kamu. kalau boleh aku nyatakan nama di sini ingin saja aku senaraikan sahabat2 aku yang seperti kamu sudah mampu kembali kepada asalnya. jawapan mereka semuanya adalah sama - pertolongan Allah swt.

jangan kata kamu tidak percaya Tuhan disebabkan kamu puas sudah berdoa, sujud dan bergenang air mata memohon diri dipulihkan dari kegiatan songsang kamu tetapi masih tidak hilang keinginan songsang kamu itu. lantas kamu persalahkan Tuhan. itu jelas sekali lari dari rukun Iman Qada' & Qadar Allah swt.

jikalau kamu berfikiran begitu, aku rasakan lebih ramai dari golongan kamu itu yang melakukan lebih dari kamu dengan sujud berdoa bahkan berair-mata darah sekalipun memohon keluar dari kancah kebuluran, peperangan dan bencana. berjuta-juta umat Islam berdoa untuk Palestin tetapi masih ia meringkuk dalam gelung kekejaman Yahudi! maka siapa yang harus menjawab persoalan ini sekarang?

bahkan bukan semua antara kamu yang terdetik sikit pun untuk meminta petunjuk dan hidayah dari-Nya. mempermainkan dan mempersendakan dengan berani pun ada. dan aku bukan maksudkan kamu sahaja tetapi ramai di antara kita sudah jauh dari pegangan tauhid yang sebenar.

aku masih tidak percaya andai kamu sudah tidak percaya Tuhan. kalau tidak percaya baru beberapa hari yang lepas aku tonton video Miss Malaysia di Pahang. aku sangkakan betul2 ada Miss Malaysia tetapi bila diselami video tersebut lebih elok kita katakan Barisan Mak Nyah Malaysia. ada saja yang ditemuramah boleh memberi salam, boleh berkata, "InsyaAllah tahun depan saya akan bertanding lagi untuk kejuaraan ini awww"

malah artis yang sudah tertonjol buah dadanya di majlis2 keramaian juga ada saja yang memberi salam dan menyebut-nyebut nama Allah swt. maka itulah yang kita panggil perbuatan yang memelihara iman. bermakna kita masih percaya walaupun pada dasarnya kamu menidakkan. dan pintu taubat sering terbuka untuk kita kembali mengikut suruhan-Nya.

dan kamu mempertikaikan kehendak kamu tidak dituruti. kehendak aku dari dulu untuk hidup bersama Nasha Aziz dan menyayanginya sepenuh hati pun tidak tercapai! aku berasa sedih melihat dia tidak punya lelaki untuk menyentuh membelai dan memanjakan. tetapi itu semua adalah kehendak-Nya. kalau aku sebut berjuta-juta kali pun dan kamu semua tidak tersentuh sedikit pun di hati maka itu kamu hilang kepercayaan atau Iman kepada Qada & Qadar - Nya.

dan apa yang aku jelaskan sebelum ini dan kini bukan bermaksud aku menerima golongan seperti kamu. aku menentang tetapi dengan cara yang baik. andai kamu memperjuangkan nilai-nilai hak manusia -living in liberty whatsoever- maka kamu juga harus ingat ADALAH HAK MANUSIA JUGA UNTUK BERKAWAN, BERGAUL DAN BERHUBUNGAN ATAU TIDAK DENGAN KAMU.

sebenarnya aku sangat kuat dengan kepercayaan aku kepada Qada & Qadar Allah. dan aku sendiri pernah jatuh disebabkan tidak redha dengan ketentuan Allah swt. dan kamu juga yang menjadi begini dan begitu juga atas izin Allah swt. Dia yang Maha Berkuasa di atas setiap makhluknya. apa saja yang boleh aku buat adalah membantu kamu untuk sedar, berdoa dan berserah. bukan bermakna aku menghalalkan kamu menzahirkan keinginan songsang kamu itu.

harap jelas. terima kasih

1 maki hamun:

Mitsuo berkata...

good job! aku suka penerangan kau. banyak kali aku terlintas nak buat artikel macam ni, tapi tak tau cara yg lebih 'sopan' untuk menulis..