2009-11-13

segala percakapan mengenai tua

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

telinga melecet. tekak kering. otak mencair disebabkan radiasi. panggilan Maxis ke Maxis tanpa had. berjam-jam dengan yang tersayang (LALALALUV) dan sahabat handai. sedih tak dapat call bloodbrothers sebab mereka pengguna Celcom.

sukar bila umur sudah meningkat. dulu bercukur seminggu sekali, sekarang 3-4 kali dalam seminggu. wajah keanu reeves mula bertukar jadi bruce willis. dulu jarang untuk berasa horny, sekarang hari-hari rasa horny. dulu tak kisah digomoli berbelas-belas wanita, sekarang tengok wanita pun mula sakit kepala (bukan tukar selera, tapi mula risau dengan ancaman2 akhir zaman).

walaubagaimanapun, manusia tetap akan berubah. dan manusia buat kesilapan. walaupun segelintir mereka, perfectionist mungkin, yang mengatakan tiada ruang untuk mistakes dalam hidup mereka, bagi aku mereka dalam khayalan.

"a life spent making mistake is more honorable and useful than a life spent doing nothing"


akhir tahun aku di Penang. kehidupan akan berubah selepas ini. revolusi dari hari ke hari. kadang-kadang kita memerlukan masa yang lebih untuk perbetulkan keadaan. dan kadang-kala kita memerlukan lebih untuk mengekalkan keadaan.

sewaktu kita muda kita banyak pertikaikan percakapan orang tua. dan bila tiba masanya, kita pula perlu pertikaikan perbuatan kita. untuk berkata sesuatu itu benar, perlu buktikan ianya benar. dan ada seperkara yang benar, perlukan kepercayaan untuk membuktikan ianya benar.

itu saja. akan ada lebih bila tamat musim exam nanti. aku janji tu. stop hantar email bukan2 paksa aku update. sialan kalian kenapa ada masa nak baca blog?!


selamat ulangtahun Penanya(?). kamu tetap lelaki sensasi walau kamu berkumis nipis sekarang.






2009-11-05

persoalan dalam peperiksaan

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

semalam, adalah hari yang sangat panjang buat lelaki asian heartthrob kamu ni. musim peperiksaan bukan perkara yang boleh cakap mudah ya. ramai orang sudah terbunuh disebabkannya. dan ramai juga yang hilang dara/teruna disebabkannya(?).

post kali ini, aku cuba berbicara sedikit perihal peperiksaan, dan yang sekutu dengannya.

ujian, test, exam, cubaan, dugaan, quiz, pop-quiz, soalan cepuk emas dll adalah tol kepada kejayaan dan kegagalan manusia.

"i ada pop-quiz untuk u! teka i pakai seluar dalam warna apa? kalau u betul~ hikhik"

betul kan? jadi begitulah lumrahnya. kita didatangi peperiksaan tidak kira bila. dan sebenarnya aku benci peperiksaan. apatah lagi peperiksaan melibatkan kertas2 graf dan calculator. kawan-kawan bapak kita akan nilai kita dari sudut itu. pakcik-makcik juga begitu. pakcik kedai runcit pun sama. masa sedang beli Nivea Double Effect: 24hr Protection & Smooth,

"oi, anak Don ^%**%* kan?"

"hah"

"cuti ke?"

"hah"

"belajar mana sekarang?"

"UiTM Penang"

"woah~~ (sambil angkat2 kening) bijak ni! amek jurusan apa?"

"Chemical Engineering"

"WOAH!!! (sambil angkat2 tangan. nampak tompok peluh ketiak. aku cepat2 spray Nivea Double Effect: 24hr Protection & Smooth)"

sambung pakcik runcit lagi, "bila nak abis belajar? dah boleh kerja jadi tokey minyak boleh bawak BMW ke hulu-hilir" tengok mind-set pakcik2 asal dengar chemical engineering je jadi tokey minyak bawak BMW. abah kau.

"lambat lagi la pakcik~ aku nak sambung degree lagi, nak amik training lagi, makan 4-5,6 tahun jugak lah~"

"hek eleh. diploma je baru~ aku ingat kau dah amik degree. huh, tak gempak la macam tu~"

"psssssssssssssttt!"

"aduh pedih mata aku sial jahanam punya budak!"

kadang-kadang aku marah kenapa orang pandang jengkel. ye la, dulu masa UPSR, PMR, SPM orang dah nampak aku ni ada harapan jadi doktor ke, pakar itu pakar ini ke. tapi dah besar jumpa bila ditanya, diploma lagi; pointer pulak rendah. bila kita sebut pasal pointer rendah saja, orang akan fikir kita tidak belajar. ya lah, aku pun kalau tengok adik aku exam dapat 8C aku fikir dia tak belajar. nak bagi penampar kita mengingat pula yang kita pun dulu cemerlang bukannya kita belajar sangat pun (bukan nak kata saya ni genius, tapi macam tu la hikhik).

bila datang musim exams, semuanya jadi lain macam. perut cepat lapar, rokok jadi oxygen. duit cepat habis, bapak asyik bising.

aku selalu bertekak dengan bapak aku. pasal akedemik aku sejak dua menjak ni. aku paham bapak mana yang tidak ngamuk bila lihat anak lelakinya yang menjadi harapan keluarga, kini menjadi beban keluarga. bila aku jawab susah, dia balas anak orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh? ikutkan hati aku nak jugak jawab, "bapak orang lain boleh bagi anak duit ribu2 selamba kenapa bapak x boleh?!".

persekitaran memaksa sebenarnya. bila memaksa, kita buat tanpa rela. disebabkan itu hasilnya tidak berapa nak suka. kita kadang-kala kusut melihat kenapa orang lain rupa macam tak sentuh buku tapi boleh dapat keputusan cemerlang. apa betul setiap orang ada batas masing-masing? aku rasa tidak. boleh, tapi kena usaha lebih.

persoalannya bukan semua yang kita rancang kita boleh dapat. buatlah perancangan setebal manapun, kalau Tuhan kata tidak untuk itu, maka tidaklah. jadi berbaloikah kita terus cuba dan cuba? dan bagaimana boleh kita tahu yang Tuhan sudah kata tidak dah untuk itu?

maka itu pula adalah peperiksaan oleh Tuhan untuk kita~


selamat menjawab exams buat semua

2009-10-02

memberilah sebelum kita membutuhinya

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

post ringkas ini untuk kita bermuhasabah bersama. perihal waktu kita, dan waktu orang lain. perihal situasi kita, dan situasi orang lain. halnya mungkin kita tidak sedari yang kita pernah berada di kedudukan seketika, samanya sahaja dengan orang yang sebelum kita.

suatu perbuatan mudah, ianya menghampiri hukum karma. kita memaki teruk orang yang terkentut di dalam lif. bayangkan pula suatu ketika di dalam bas, meskipun situasinya berbeza, tatkala kita duduk di sebelah wanita cantik dan berkaki licin, disebabkan kondusi bas yang tidak galak, kita lalu terkentut. walau sekuat mana kita mengemut, kita tahan, kita tetap terkentut. bunyinya mengatasi deruman enjin bas. lantas kita disepak oleh wanita berkaki jinjang itu. kita menangis atas nama penyesalan.

melihat orang meminta sedekah, melihat gaya aku bukan sewenang untuk aku memberi wang saku sendiri kepada mereka. melihat keadaan tetapi rata-rata andai sedang dalam keadaan 'senang', maka tangan ni senang sahaja untuk menghulur.

tetapi, melihat orang kelaparan, yang merayu-rayu meminta makanan, walau apa jua aku cuba bagi kau makan (lepas ni ramai lah kawan2 aku baca post ni ngadu lapar. aku bagi tampar terus).

sebabnya ada masa ketika aku dalam kelaparan, akan ada yang hadir mengenyangkan. maka aku fikir dan faham situasi mereka yang kelaparan. sebab aku juga sering lapar. jadi harap aku bantu mereka, akan datang akan ada orang bantu kita jua.

pernah aku berbicara dengan seseorang, katanya,

"aku tak setuju kalau kita buat semua perkara baik, kita harapkan balasan baik. sebab bagi aku, buat baik tak dapat balasan pun takpe"

jadi tak mengapa. kamu tidak berharap pun tak mengapa. tetapi balasan dan segala urusan itu di tangan Tuhan (jika kita masih percaya akan kewujudan-Nya). malah ada orang sudah buat berjuta-juta kebaikan pun di dunia ini belum nampak akan balasan baiknya. walhal, di akhirat kelak pun tidak kita ketahui amal kita diterima ataupun tidak. kerana keikhlasan itu bukan suatu yang mudah kata. disebabkan itu ada satu cabang ilmu yang membicarakan berhelai-helai naskah perihal ikhlas sahaja.

mak pesan, budak datang beraya jangan bagi duit raya. bagi cokelat dan buah-buahan. sebab kalau bagi duit, dia pergi Cyber Cafe main Dota dan Myspace. bila dijangkau kembali masa silam, dulu-dulu aku beraya satu taman kumpul duit nak beli Digimon. dan bila dikenang andai dapat dirakam gaya dan lagak aku sepanjang hidup aku dgn Digimon, sumpah takkan siapa nak kawan dengan aku dah.

mak pun pesan, kalau orang dah bagi amanah, misalnya KIRIM DUIT RAYA KEPADA KAWAN YANG JAGA IKAN AWAK TU, awak kena bagi. kalau tak bagi, nanti kelak duit kamu pun habis kena bagi-bagi pada anak-anak buah, cucu-cucu, seluar dalam anak, dan lain-lain lagi. kalau awak bagi, nanti ORANG YANG JAGA IKAN AWAK tu pun terhutang budi~ barangkali kemudiannya dia pulak yang kena bagi kan? kan?

ceh, ringkas habislah post ni kononnya. Selamat Hari Raya semua umat manusia!

2009-09-29

kehendak kita yang luar biasa

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

Kesemuanya drastik.
Responnya drastik,
ucapan yang drastik.
Penulisan,
penyampaiannya drastik.
Segala perkara melibatkan hati,
tindakbalas menjadi drastik.
Akal yang selama ini aktif dan lancang
dengan hujah relevan dan saintifik,
menjadi plastik.

Keburukan dan kebodohan diri mulai keluar.
Orang ramai telahpun sadar akan kelemahan kita.
Musuh dan gunting dalam lipatan mengambil peluang.
Segala yang dirancang kian jauh dari angan-angan.
Apa yang dilihat cuma kejatuhan.

Mereka yang tersayang mulai kecewa.
Cinta sedang hilang.
Kota kepercayaan dan laskar rasional ditelan taufan kekesalan.
Tiada kesempatan untuk bendera putih dilayang,
segala putih menjadi merah berdarah.
Tiada kata putus mampu dibuat,
sekali lagi dibuat langkah yang drastik.

2009-09-08

bertukar epal, bertukar ilmu ya?

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

beberapa hari lepas sahabat saya berkata,

"jika saya dan kamu ada sebiji epal masing2, dan kita bertukar epal kita, berapa epal kita peroleh selepas itu?"

jawab saya, "sudah tentu satu"

"tetapi jika saya dan kamu ada ilmu, dan kita bertukar ilmu kita, berapa ilmu kita peroleh selepas itu?"

jawab saya sambil tepuk2 tangan "dua!"



sebenarnya kata-kata hikmah itu aku pernah dengarinya lama sudah ketika zaman persekolahan. dan ianya banyak digunakan dalam ceramah2 motivasi dan kem-kem pengakap. tidak percaya Google sahaja "bertukar ilmu, bertukar epal". ianya begitu mengkagumkan sekali ketika didengari.

tetapi satu perkara kita lupa untuk dihayati;

dalam kata-kata hikmah itu kita katakan kita bertukar epal yang sama, sudah tentu selepasnya kita peroleh satu epal. tetapi ditukarkan faktornya, kepada ilmu, sudah tentulah ilmu itu ilmu yang sama bukan? maka bukan dua ilmulah kita peroleh selepas itu tetapi barangkali ilmu yang kita mungkin akan ingat untuk jangka masa yang lama. sebab itu sesama kita manusia perlu saling ingat-mengingati. walaupun kita mengingatkan benda yang sama.

dan dalam perjalanan hidup kita, kita sering sibuk mengejar ilmu. kita pelajari ilmu setiap kali kita hendakkannya mahupun kita disuruh untuknya. tetapi kita sering lupa sesuatu disebabkan kelekaan kita dalam mengejar dan demi mengumpul gunungan ilmu di dada. ianya tidak salah cuma sedikit rugi.

kerana, dalam kesibukan kita mengejar dan mengumpul sebanyak mana ilmu itu, kita lupa akan cara memanfaatkannya. sudah tentu nampak kurang cantik di situ jika kita masing-masing hanya mendapat satu epal sahaja selepas kita tukar bersama. tetapi bukankah lebih cantik jika kita tahu untuk memakannya atau menjadikan ianya kepada sebuah hidangan yang lazat?

jadi pandangan kita dalam menimba ilmu bukan melihat kepada kuantiti sahaja. tetapi bagaimana kita memanfaatkannya. meskipun dalam gunungan 'epal' itu, ada yang busuk dan segelintir yang elok; jika tidak tahu untuk memanfaatkan yang busuk dan elok itu rugi juga. kita hanya mampu menunggu kesemuanya busuk dan berulat lalu lesap dimakan zaman.



p/s; lagipun orang bodoh sahaja dapat epal jadikan bola tennis.

2009-09-02

juadah berbuka dan thong

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

salam ramadhan dan tahniah kepada semua yang berjaya berpuasa sehingga kini. sebenarnya ramadhan bukan sahaja untuk lapar dan dahaga tetapi juga untuk kita sama2 belajar perihalnya, meningkatkan amalan dan kekalkan amalan meskipun selepas tamatnya ramadhan yang mulia ini.

aku rasa cukup berang bila tengok tv mula kecoh pasang lagu raya! potong mood dan rasa macam nak pukul warga emas! boleh media sekalian bawak bertenang bagi laluan kepada awal ramadhan ini tak untuk kita rasai sejuknya~ ini awal2 dah rasa panas.. haih~

setiap petang perkara biasa ke bazaar ramadhan. sudah tentu sebagai bintang dan senior akhir tahun aku menjadi juadah bagi mereka-mereka yang obses pada susuk bibir munggil. walaupun kulit sekarang agak gelap2 sket sebab asyik wet vacation, ukurlilit dada dan kekentalan betis kekal optima.

pelbagai juadah, pelbagai ragam manusia di bazaar. kadang-kadang ready on the go jugak lah kalau2 jumpa Shamsul Ghau Ghau buat pengambaran aku pacak gerak2 kan muscle kat dada.

dua hari lepas, aku menyusuri jalanan bazaar, mengikut sunah nabi jalannya tunduk dan tenang. dalam fikiran sudah termaktub juadah apa untuk dibeli. tidak perlu menoleh ke kiri ke kanan patah balik pusing belakang untuk cari makanan sesuai. target dalam kepala roti jala 12 keping, air 5 rasa, cukup (ikutilah diet penanya(?) untuk sosok tubuh ideal).

sedang aku menyusuri, jalanan semakin sesak. aku terhimpit-himpit. akak-akak dan uncle yang menghimpit sosok tubuh kecil aku ni mula berseranah "wanginyaa budak ni!" aku cuba beristghfar banyak2 dan meloloskan diri. berjaya tetapi kawan-kawan yang bersama dengan aku sudah hilang ditenggelami haru-biru tika tadi.

seorang lady di depan aku. berpakaian seluar putih ketat dan berbaju pejabat. barangkali akak Hong Leong Bank. sedang aku berzikir aku tersentak. hormon jantan menggigil2 mahukan kepastian. aku pejamkan mata seketika tetapi buka semula takut digelar orang gila. aku ternampak lagi! pejam lagi! ah gila! aku buka dan masih jelas!

lady itu sedang membeli tahu sumbat. semasa kelam-kabut membayar, duit syilingnya terjatuh "Owh my goodness~" jerihnya sayu. aku nyaris pengsan. lady itu tunduk. dan tuuudiaa!

aku berlalu menenangkan diri dan mencari sinar ramadhan kembali. sampai di gerai roti jala pak dahlan. seperti biasa aku buka cermin mata aku untuk pengesahan. disebabkan aku di situ, maka tiba-tiba semua nak makan roti jala. sial. tak mengapa kerana semua milik kita bersama.

sekali lagi. lady kembali. bau perfume nya buat aku mahu bertelanjang di situ. owh ramadhan! maka sekali lagi aku diselamatkan. 12 roti jala siap. sedang aku hulurkan tunai, syiling aku terjatuh. dan lady apa lagi,

"owh my goodness ur penny juz drop dear~"

"what? my penis?!" aku tergelut

"no no duit syiling u la~ hikhik"

"ahh~"








2 hari kemudian baru tadi aku datang bazaar balik

2009-08-20

nice nice sober

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir(manusia)...


berita baik bagi semua pencinta lelaki babyface di atas. i'm back.

maaf kerana sudah lama tidak mengusul di sini. terlalu sibuk dengan kerja dan amanah sebagai seorang pelajar akhir tahun di IPTA menyekat aku untuk menulis. meskipun banyak perkara ingin dipersoalkan.

disebabkan inbox email padat dengan hamun2 suruh update, aku mengalah sebelum ada yang pacak kepala kambing depan pintu rumah. jadi buat masa ni xde perkara serius lagi untuk dipersoalkan kita sekadar berbual lancang sajalah;

memasuki bulan berpuasa, hari pertama lagi sudah terima MMS dari kawan di UTP jam 1 petang lebih kurang gambar adib tak puasa. *jantan sial!

aku sangkakan bulan puasa lebih boleh jimat tapi haramjad. sukar untuk menumpukan bajet yang bagus disebabkan nafsu makan tukar2 dari hari ke hari. gadis pakai thong pun tukar2 dari hari ke hari~ haih~ dan kadang-kala rasa nak buat duit juga kat bazaar2 tu. jual DVD ok x?

perihal pelajaran sudah selesai semua test pertama dengan cemerlang. kelas-kelas repeat masuk kelas abang2 mechy je supaya tak temu jodoh lagi. sebabnya aku dah cukup sober dah dengan serious relationship ni. tunggu je lah mak aku bawak balik model brazil mana ntah "nah, bang ko kawen jelah dengan julia romez nih~". lantas julia romez berkata dalam pelat melayunya "saya rela lakukan apa saja demi kamu lelaki lazat! urrgghh~"

perkara tentang hidup senang untuk kita bualkan tapi bukan senang untuk kita laksanakan. jadi yang dikejar tak dapat yang didukung memekak2. jumpa lagi~ nak ke bazaar mengejar wanita ber'thong

2009-07-04

semester baru, yang terakhir mungkin

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

selamat sampai penang. celaka semua ahli rumah belum balik! aku dah kena perdaya nampaknya kali ni. sial! dan sekarang aku ada kat cc (cybercafe) bawah apartment aku. silap. suatu kesilapan.

seperti semua serba tau kalau masuk cc tengok budak2 sekolah jerit2 macam mana kan? tapi masalahnya budak2 sekolah itu perkara biasa disebabkan kita boleh katakan, mereka masih budak. aku dulu pun masa budak2 kuat jerit2 macam budak afrika jumpa helikopter. tapi la ni (cakap penang sket) orang dewasa pun dok jerit2 main counter-strike lagi! agaknya tekanan kerja, balik kerja masuk cc, balik umah bedal isteri.

mulalah sem baru. aku tak register lengkap lagi jadual aku. clash sini sana. tapi naik sem ni paling aku harapkan adalah duit PTPTN. wahahahaha. nak tanya kalian, sila dengar betul2;

misalannya, aku sem 3 pointer bawah 2.00, dan sem 4 masih dapat PTPTN. sem 5 yang tak dapat bukan? namun begitu, ketika sem 4 saya berjaya dengan cemerlang. manakala sem 5 bawah 2.00 lagi (pening kepala?). jadi apakah sem 6 aku boleh dapat PTPTN lagi? dan dengar khabar angin PTPTN yg aku dapat untuk sem 6 ni dua kali ganda? betul ke?



ah. aku rasa aku ni banyak mainlah. ntah bila aku nak habis belajar ye? owh, gtg. girls coming to fetch me. okey bye semua! tugas i sebagai lelaki kinky (baru tau maksud kinky yang orang dok kata kat aku. thanks herne!) masa kini dah bermula. jumpa lagi cuti sem depan! study study main main main (main lebih)!

2009-06-30

mari berbual pasal cinta

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...

i love him. apa yang boleh aku katakan pada dia, "megan, whoever you are, i'll be your little faith of love". so kalian jangan fight2 pasal megan lagi. kesian dia.

lately, aku suka bermain dengan quotes. quotes tak semestinya sedap didengar. ia juga tidak semestinya berisi dengan nasihat ataupun kata-kata hikmah. perkataan2 bodoh juga boleh jadi quotes. misalnya;


"pum pam pom!"

-naza si penanya(?)


sebelum ni aku ada banyak post dan persoalan perihal cinta. tapi ada beberapa post yang sudah aku padamkan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian manusia sejagat. jadi perkara lepas yang kurang elok kita jadikan tauladan. bagi yang terlepas, padan muka.

aku punyai ramai wanita yang aku cintai. aku sayang mereka semua. belum ada yang lepas berpisah aku benci. dan masing-masing ada sebab masing-masing kenapa tidak boleh teruskan hubungan. apatah lagi bercinta dengan lelaki cantik macam aku.

disebabkan sering gagal dalam percintaan, rata-rata kita mencuba mencari cinta kita yang sempurna. seseorang yang perfect untuk kita. tetapi bagi aku, kalau dalam hal melibatkan cinta, kita bukan mencari seseorang yang sempurna untuk kita. tetapi bagaimana kita melihat kekurangan seseorang itu dengan sempurna.

kadang-kala merendah diri dan mengalah boleh membawa kelansungan rumahtangga. tetapi hati orang siapa tahu? perkara yang membencikan apabila dipendam terlalu lama boleh membawa padah juga. apatah lagi kurang sembahyang pulak tu. jadi cinta yang baik bukan memandang sesama sendiri penuh berahi sahaja tetapi memandang ke satu arah yang sama, bersama-sama. tapi jangan selesai satu kita terus tidur, kita cuba arah yang lain. jangan fikir lain.

kita boleh kata cinta memerlukan pengorbanan. tetapi pengorbanan yang tidak dirancang hanya bodoh dan sia-sia. ketahuilah perkara yang ikhlas itu sangat menakjubkan. dan pengorbanan yang kita lakukan usahlah dilakukan atas permintaan orang lain. biarlah pengorbanan yang kita lakukan itu membenihkan cinta dan kasih dalam hati orang yang kita kasihi itu. selebihnya terletak kepada yang Maha Kuasa. Dia sahaja yang menghidupkan dan yang mematikan.

dan berundur dari mencari bunga bukan bermaksud si lebah itu gagal dan lemah syahwatnya. dan janganlah engkau, lebah yang kehilangan bunga tercinta menyengat lebah yang merampas bunga kamu. kerana keganasan itu adalah jalan mereka yang gagal berfikir. gunalah sengat kamu untuk tujuannya saja. dan kamu sudah serba tahu apa tujuannya.

habis madu, sepah dibuang. itu adalah perkara lumrah di akhir zaman ini. sebagai diri yang lebih mengenali diri, usahlah bermuram durja. ketahuilah, lelaki yang baik, adalah untuk wanita yang baik. begitulah sebaliknya. maka bila sampai ketika kita ketahui buruk dan kurang pasangan kita, cerminkan diri kita apakah kita terlalu agung untuk menerima lebih dari itu? dan usahlah kita merungut meminta yang ranum dan bergetah walhal kita malas dan takut memanjat pohonan yang ada.

cinta bukanlah akhirnya bertemu di mana-mana. tetapi sentiasa bersama sepanjang hidupnya. maka ketahuilah walau dari Jeddah merentasi Maldives, kemudian Surabaya, singgah di Melbourne, dan tidur di Yamagata, di semua tempat itu boleh kita luahkan cinta. dan hanya satu, atau mungkin tiga dan empat boleh dianakcucukan.

terlalu taksub dengan cinta juga adalah bodoh sekali. tetapi bodoh lagi mereka yang tidak mahu mencintai dan dicintai. cinta itu bukan batu yang kekal disitu. ianya rezeki, yang perlu dicari. seakan beras, yang banyak, dan perlu dimasak, lagi dan lagi, setiap hari.

bercakap perihal material, sudah tentu ianya penting. penting gila. tetapi bukan penting untuk kita kekal bersama. hidup susah senang, tua muda, cantik gemuk bersama. tetapi bukan itu alasan untuk kita malas berusaha. love is not blind. love sees, but doesn't mind.


akhir kata, cinta itu memang melecehkan.


2009-06-26

Bumbabi! Transform! *Zez Zee zee Zezet

salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia) & autobots sekalian...

baru pulang dari menonton Transformers 2. sebelumnya, lepas maghrib sudah siap solek, pakai cantik-cantik, wangi-wangi macam mahu temujanji dengan artis. janji dengan kawan pukul 9 kita gegar cinema. tiket sudah di book 3 hari lepas. kami booked jam 11 malam. lepas siap tempek2 toner, tgk jam, ah sial. baru pukul 8. maka ada sejam lebih lagi untuk bertolak.

tidak tahu buat apa, tengok family dah gather baca yassin. aku terasa. tak terfikir masa book tiket dulu. jadi aku turun bawah cepat2. bukak facebook, bukak blog, on YM, xnk on Skype sebab maklumlah kita tengah cantik jambu sangat masa tu. takut ada yang jatuh cinta dengan dahsyat.

bukak blog kak sal. ah sial! dia buat review pasal Transformers la pulak~ review negatif pulak tu. aku jadi down. hamun kak sal sikit2, pastu terus tutup2 semua tab blog, facebook semua. takut ada yang bagi review lagi bukan2.



tiba-tiba mummy jerit2 dari atas,

"Muhammad Nazaruddin!!! tak buat apa2 tu ko masak untuk adik2 ko ni. dah mekak2 lapar! mak nak baca yassin!"

aku dongak ke langit, "ya Tuhan".

maka segala bau shampoo, bau sabun strawberry, minyak wangi sudah bertukar jadi bau bawang, cili, asap, ikan kering, belacan segala. ketiak berkolam.

siap masak anja sampai dengan Bumbabi nya (nama kereta anja untuk malam itu saja). jam 9.20 mlm lebih kurang. disusuli afiq kemudiannya. tepat 9.30 adik lelaki aku yang mengajar tusyen balik. okey semua sudah cukup. makan-makan sikit terus ke cinema.

sampai cinema 10.30 mlm lebih kurang. lambat sebab cari parking, singgah toilet, setting rambut semua. tempat online booking tak perlu beratur pun. tak ramai yang buat online booking nampaknya. jadi kami berempat melangkah penuh gah menyusuri mereka2 yang beratur bagai budak sekolah di kantin. aku sempat jeling2 pedas pada mereka. tu la~ ada teknologi taknak guna~ huh! mereka pandang jengkel. aku tak heran.


sampai di kaunter, akak cantik di name tag tertulis HANI melempar senyuman. melihat dia tak senang duduk aku cuba buat dia lagi tak senang duduk dengan belai2 janggut aku. afiq tambah lagi dengan ketap2 bibir. akak cantik urut2 dahi cuba neutralkan diri.

"ye saudara boleh saya bantu?" akak cantik bertanya. aku pulak tak senang duduk.

"errrr. ini pertama kali saya buat online booking. saya cuma ada booking number saja" jawab aku sekat2 tapi comel gila. huhu

"huhu beri saya booking number awak"

"errr apa kak? handphone number?"

"eh, bukan. BOOKING NUMBER, ada 6 nombor semuanya" balas akak cantik gelak2 kecil huhu

maka aku snap handphone aku tengok booking number.

"113029"

akak cantik type laju2. aku perhatikan saja jari-jemarinya menyusuri papan kekunci. halus dan penuh melodi. imaginasi aku sudah mula mainkan wayang bukan-bukan.





"errr, maaf. tempahan saudara terbatal"

"apa kak?" tiba-tiba aku panggil dia akak.

"ermm adik kalau buat online booking kena datang sejam awal untuk pengesahan. tapi adik dah lewat setengah jam ni. jadi sits yang adik booked dah kami jual pada orang lain"

secara tiba-tiba je aku rasa akak tu bertukar tua dan hodoh. afiq, anja dengan adik aku, ayie dah tutup muka genggam2 tangan hentak2 kaki belakang aku. aku pulak mata still kat akak tu. kejamnya akak ni~



"tapi tayangan jam 11.45, dengan 12.20 ada lagi kalau nak adik boleh tempah kat akak je tak payah beratur panjang" cakap aku tu cuba nak pujuk aku la tu~

tanpa fikir panjang kami terima pelawaan itu. tapi sayangnya sits semua tak menarik. nak tak nak kami ambil yang paling terbaik. itu pun hujunggg sekali.


keluar wayang senyum2 sorak2 kepala senget. BAGUS!




p/s; Megan Fox kurang menyengkam tapi cukup mengancam masa dia lari-lari